August 28th, 2008 shamabd
Festival Muzik Gamelan Sedunia 2008 merupakan pertunjukan Gamelan dari seluruh dunia dari beberapa negara iaitu Southbank United Kingdom, Akademi Seni Terengganu ( ASENI ), Akademi Seni Warisan ( ASWARA ) Malaysia , Wasugi Japan, Gianyar, Bali and Hand Percussion.
Kali ni saya dan cikgu nazri diberi tugas oleh Akademi Seni Terengganu ( ASENI ) sebagai official photographer untuk majlis tersebut. Ia berlangsung selama 4 hari dari 26.08.2008 hingga 29.08-2008.





Posted in Cetusan Rasa | No Comments »
July 26th, 2008 shamabd
Hehehe.. ari ni sampai raket baru aku Yonex Armotec 700 limited hehee.Beli dari Racquet world - Pertama Kompleks. Diorg hantar pakai courier Nation wide.Harga leh tahan jugak.. Rm750.00. raket ni buat dalam 5000 batang dalam dunia. Aku nya serial yang ke 4729 /5000. Sapa la user yang ke 5000/5000. Aku panggil raket palo nago hehehe… Dibuat untuk Player no - 1 Dunia - Ling Dan sempena Suka Olympic di Beijing. Tadi test main.. fuyohh.. smashing memang best.. tapi defend kurang best sikit pasal raket ni berat.. 3U G5.. berat lagi pada normal At700 yang biasa. Tapi aku tak kisah pun pasal defend… jenis bukan kaki defend.. Jenis main smashing sampai lebam….






Posted in Cetusan Rasa | 3 Comments »
July 25th, 2008 shamabd
Macro la sangat.. hahaha.. Org layan macro aku macro jugak. Ambik ko… aku beli lense TAmron SP90 sekeng heng dalam RM900 siap pos. Kita murah la tuh.. Baru pakai dua bulan. Ambo tgk look like new…. Lepas ni rasa kawan aku yg kuantan tu nak beli jugak. Kan wan… Dah boring dah layan pasal Anwar hahaha.. kita lat Mr Laba-laba la pulak.. Gambar ni aku ambik sekitar rumah aku.. Dikawasan lalang-lalang, rumput-rumput dan semak-semak. Yang tak tahan nyamuk jer. Shoot ni pakai Fuji S5 pro, Tamron Sp90 ,Nikon Sb800 dan DIY Diffuse yang dipanggil R4D4. Sahabat kawan yang kuantan tu dia reka R2D2.. lagi canggih..muhahahaa



Posted in Cetusan Rasa | No Comments »
July 21st, 2008 shamabd

Aku selalu terpikir kenapalah… Anwar selalu bercakap.. Kalau saya jadi PM.. saya akan turun harga minyak… Aku memang suka la sangat.. minyak turun. Dari pada tu la kan… barang-barang ekor yang lain tak naik. Kehidupan kita takde la susah sangat kan.
Tp kan yang menjadi persoalah aku.. kenapa Anwar bercakap atas nama sendiri ndan bukan atas nama Parti Keadilan or Pakatan Rakyat itu sendiri. Adakah orang lain tidak layak jadi pm ? Adakah dia seorang sahaja ? Salah ke kalau dia cakap kalau kami Pakatan Rakyat memerintah, kami akan turunkan harga minyak. Kan cantik. Betul tak muehehheehh….
Adakah lebih baik kalau Anwar berucap tidak menyebut kalau Saya jadi PM. Ini sudah menampakkan lagi dia berjuang atas nama individu dan pakatan rakyat sebagai asas untuk menuju kearah itu. Ditambahkan lagi dengan persoalan. Kenapa dia nak bertanding dalam masa terdekat ? Untuk apa. Untuk jadi PM. Ishh aku tak paham… Entah orang lain mesti paham dari aku. Aku pikir secara logik akal.
Yang aku perasan pemimpin PAS sendiri tak pernah pun bercerita tentang nak jadi PM. Takde la plak dengar Nik Aziz cakap nak jadi PM hehehee… I hope Anwar leh ubah la cara dia berucap. Cara itu aku rasa cam tak kena. Pasal nampak sangat perjuangan individu. Nak bantu rakyat, agama dan negara.. tak jadi pm pun takpa. Hehhehe.. Jadi timbalan perdana menteri cam dulu tak pa… ahhahah Nik Aziz jadi PM.. Hang jadi timbalan… wkkakaka boleh gitu…
Aku ni pun lahir dr keluarga pembankang. Dibesarkan pun dan dribagi makan hasil dari perjuangan bapak aku dalam parti. Jangan la anti kat aku plak pasal cakap benda ni.. Aku cakap pasal logil akal aku jer.. Logik akal orang yang tak sekolah tinggi. Aku mmg tak nak parti Barangan Naik memerintah. Tak rela tau….Rakyat amat susah sekali. Tp renunglah. Kita berjuang untuk rakyat… dan bukannay untuk nama invidu.
Sekian Terima Kasih.
Hishamuddin Abdullah
Posted in Cetusan Rasa | 15 Comments »
July 14th, 2008 shamabd
Uwa.. balik petang tadi.. Mak aku cakap TET dah hilang.. Sadishnya rasa… walau pun baru dua bulan pelihara. Kucing ni perangai dia kalau org jalan mesti dia akan ikut orang tu… 2 minggu lepas dah hilang sekali. Kena culik ngan jiran belakang rumah. Senangnya dia cakap.. tak tau la kucing sapa.. ingat terlepas. Dia ingat kucing bersih cam tu org nak buang kot.. Hampehnya manusia.. Dia ingat beli pakai daun kayu kot muhehehe..
Petang tadi mak cakap dalam kol 3 cari nya cari tak jumpa. Biasa kalau ilang dua ekor sekali. Pasal dia jalan bersama. Ni sekor je takde. Tadi petang pusing nya pusing tak jumpa gak. Mesti dah kena sorok kot ngan sapa. Ishh bengangnya.. Mintak-mintak lah dapat jumpa balik. Insyallah..

Posted in Cetusan Rasa | 3 Comments »
July 5th, 2008 shamabd
Ini adalah job pertama Cahaya Kreatif Enterprise. Saya dan wanoridz sbg wakil ditugasakan menembak disini muehehhe…
28.6.2008- Perasminan Medan Info Desa di Kg Sungai Pancing Utara Oleh Tan Sri Datuk Seri Muhammad bin Muhammad Taib..Masa shoot berdebor jugok pasal paham-paham la 1st time. Alhamdulillah ku kebalkan diri. Ni hah Gambornya.. muehehhe….
Hero yang betugasa bersama saya…jeng jengg spt dibawah…




Datin Seri..



Event tak abiss lagi relaxx dulu ehehehe.. Ni kat petang pulak di Kg CHerating..
Majlis Perasmian Gotong Royong Projek Prograam Bantuan Rumah (PBR)

Antara wajah penerima bantuan..



Gotong Royong

Penerima Rumah Bantun

Nak Balik dah…

Mintak maap kalau gambor dok lawa.. maleh nok edit.. BZ melanda…
Hishamuddin Abdullah
p/s : dok abis lagi ni nanti dinner la pulopsss….
Posted in Cetusan Rasa | 4 Comments »
June 17th, 2008 shamabd
Nak dijadikah cerita aku telah di racun, dituba dan dibodek oleh seorg sahabat yg bernama Dr Jamal whahahhaha akhirnya aku rebah jua. Mula-mula Abey Ali ajak… aku tak layan.. Letih oo jalan lama-lama. Tp pandai diorg cakap.. jalan 2 jam je tak lama… Ishh aku pikir dalam hati.. best jugak pasal jalan 2 jam jer. Mesti tak penat sangat.. Whohahaha.. Aku tertipu jua. Tipu sunat la tuh.. Ada ke…
Kol 9.30 am 13.06.08, naik la bas transnasional ke Kuantan. Sampai sana agak lewat juga, dalam kol 3.45pm. Lepas tu Abey Ali datang jemput dgn keter dia. PAstu lagi pie melawat umah Abey Ali. Yang bestnya leh makan Tom Yam.. Shedappppppp hahaha.. Org kasi hantam jer.
Dekat kol 5.00pm Dr Jamal sampai. Makan bertolak la kami. Trip kali ni seramai 4 org lah dari Kuantan . Kapten, Dr Jamal, dR Ali dan saya lah. Yang dari Muar pun ada.. Jasni , Zali dan anaknya yang hensem rupawan.
Perjalan Akob Guest House, Ulu Dong, Raub, mengambil masa dekat-dekat 3 jam la jugak. Leh tahan Lamanya. Nak tau . Sampai sana kami dihidang dengan masakah dan juadah istimewa iaitu daging kijang gulai kuning <– entah nama saintifik dia aku tak tau. Kami tidur kat sini satu malam lah.
Pagi-pagi la dalam kol 10am gitu bertolak lah kami ke Ulu Latah Jarum.. Uhhhhh penat giler. Bawak beg, kamera, khemah.. sesuatu yg meyeksakan.Perjalanan ambik masa dekat-dekat 5 jam jugak lah. Yang paling tak tahan pacat lah.. Aku kena 7 spot.. Tak tahan darahlah.. Seksa nak buat keje, nak semayang apa semua. Ni saya share sikit gambar-gambarnya.


Team LUAR BIASA dgn power GABAN Z
Penembak Kami


Guide memberi penerangan


Punca air keluar dari batu. Pelik kan.. Tapi ini lah ciptaan Nya.

Muka-muka kepenatan Whohahaha padan muka




Ku letih tapi aku puas muhahaha… Merakam keindahan Alam ciptann Allah Yang Maha Kaya.
Hishamuddin Abdullah
Posted in Jalan-jalan | 4 Comments »
June 12th, 2008 shamabd
Happy nya rasa ari ni bila tgk-tgk bungkusan apa entah sampai. Buka-buka rupanya ish.. Tak sangka lak ya.. Tak mimpi pun…
ni ha new wife…


Posted in Cetusan Rasa | 2 Comments »
June 10th, 2008 shamabd
8.06.2008. Tak sangka lak Butterfinger pie KB.. Dapat gak bertemu mata dan mendengar dengan telinga camne liveshow diorg. Diorg ni dijemput oleh Student UITM tak silap lah.
Tapi yang tak best dengar kata lah.. penganjur kerugian.. org datang tak ramai.. Tak silap tak sampai 100 org. Harga tiket tu RM50.00 sorang. Jadi kalau 100 orang baru Rm5000.00. Dengar kat lagi sewa hotel tu dah Rm3500 , P&A System RM1500 , + Butterfingers Rm10,000 la gitu. P&A System tu kawan aku punya. Semalam YM, dia cakap budak2 tu lari ( Penganjur tu la ), dia lari sebelum majlis tu habis..Haprak betul. Diorg tutup telepon hehehehe lawaknya budak-budak ni. Nak nampak hebat tapi haprak. Rasa aku BUtterfingers pun kena kencing ngan diorg. Kesian diorg datang jauh-jauhkan.
NI ada la gambar sikit untuk korang tengok muhehehe….






Wahahah ni gambar syiok sendiri..

Posted in Jalan-jalan | 2 Comments »